Sekolah Kebangsaan Kok Pasir

16040 Palekbang,Tumpat,Kelantan.

Tel/Fax:09-7198630

Ahlan Wa-Sahlan Wa-Marhaban BCOM

Sekapor Sireh Dari Guru Besar SKKP

SEPATAH KATA

 

Terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada jawatankuasa Pusat Akses Komuniti Sekolah kerana telah dapat  mewujudkan website dan e-mail Sekolah Kebangsaan Kok Pasir setelah pusat  akses ini dilancarkan oleh Ybhg Dato’ Hj. Yusoff bin Harun Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia pada 7 Mei 2006 yang lalu.

Diharap dengan tertubuhnya Pusat Akses ini dapatlah dimasukkan segala maklumat-maklumat sekolah berkaitan dengan organisasi dan pengurusan sekolah, aktiviti-aktiviti seperti ko kurikulum yang boleh diketahui oleh semua pelanggan yang memerlukannya dan ianya adalah sesuai dengan perkembangan sains dan teknologi dalam penggunaan ICT.

Pusat Akses ini juga diharap dapat membantu murid untuk mempertingkatkan kecemerlangan akademik, membudayakan penggunaan ICT di kalangan murid, guru, dan sekolah di samping meletakkan kemajuan negara di persada antarabangsa selaras dengan era pengglobalisasian dunia pendidikan.

Saya juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga kepada Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan sebagai bapa angkat sekolah ini kerana telah memilih sekolah untuk dijadikan sebagai pusat akses.

Akhir sekali diharap pusat ini dapat digunakan dengan semaksimum yang mungkin kerana tiada guna kelelengkapan teknologi yang canggih diadakan jika semuanya hanya menjadi perhiasan dan berhabuk begitu sahaja.

Sekian, terima kasih

Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Kok Pasir