Sekolah Kebangsaan Kok Pasir

16040 Palekbang,Tumpat,Kelantan.

Tel/Fax:09-7198630

Profil

08/07/2007

 

Sejarah Penubuhan  Sekolah

1956-       Mula ditubuhkan dengan tenaga pengajarnya terdiri daripada beberapa orang pemimpin tempatan ,antaranya En.Nik Abdul Majid bin Hj.Nik Man,En.Abd Rahman b. Mat Ali,Haji Idris B. Hj.Salleh,Ust.hj Che Kasim b. Husin dan beberapa individu yang lain.

 

1957-       Kerajaan telah menempatkan seorang Guru Besar bersama 5 orang guru penolong.Jumlah pelajarnya ketika itu seramai 60 orang dengan tiga bilik darjah (1-3).

 

 

1974-      Jumlah muridnya telah meningkat kepada 120 orang dengan enam bilik darjah yang dibina secara gotong royong oleh ibu bapa dan penduduk kampung.

 

1975-      Kerajaan membina bangunan kekal (konkrit) menggantikan bangunan lama yang uzur ditambah dengan satu bagunan hasil gotong royong.

 

 

1988-      Kerajaan telah memberi peruntukan bagi menambah 4 buah bilik darjah di bawah projek Sekolah Gotong –royong.

 

1994-     Kerajaan telah membina sebuah lagi bangunan kekal tiga tingkat dengan belanja RM 1.2 juta di samping bangunan kantin.

 

1995-      Bangunan  baru mula digunakan.

 

 

Senarai Guru Besar Yang Pernah Menerajui SKKP

                                Nama                                                                   Tahun

                                Nama                                                                   Tahun

1-       En.Hassan bin Abdullah                             

1957-1962

2-     En.Said b. Ishak                                              

1962-1972

3-     En.Abdullah b. Othman                              

1972-1973

4-     En.N Abd Rahman b.Muhammad               

1974-1979

5-     YM.Raja Hasan b.Raja Busu                     

1980-1982

6-     En.Daud b. Sulaiman                                    

1982-1985

7-      En.Mohd Noor  b. Jaafar                              

 1985-1987          

8-     En.Muhammad b. Abdullah                     

1988-1991

9-     En.Muhamad b. Yusof                                 

 1991-1992

10-  Tn.Hj Salleh b. Ali                                          

1992-1999

11-    En.Abd. Hamid bin Abdullah                   

00 - sekarang

12-   

Peta Lokasi SK. Kok Pasir

 

 

MOTO

 

Kecemerlangan Budaya Kita Dan Milik Bersama

 

 

VISI

 

Kualiti Dan Kecemerlangan Pendidikan Untuk Semua Pelajar

 

 

MISI

 

Menjadikan Sekolah Kebangsaan Kok Pasir Sebagai Pusat Kecemerlangan Dan Pembangembangan Potensi Semua Pelajar Sesuai Dengan Falsafah Pelajaran Kebangsaan

 

MATLAMAT

 

·        Dapat Meningkatkan Kecemerlangan Dalam P & P

 

·        Dapat Meningkatkan Kecemerlangan Disiplin Di Kalangan Semua Keluarga Sekolah

 

·        Dapat Mewujudkan iklim Sekolah Yang Kondusif

 

·        Dapat Mewujudkan Sekolah Selamat

 

·        Dapat Melahirkan Pelajar Berilmu, Beriman Dan Berjasa Kepada Bangsa Dan Negara Serta Mempunyai Semangat Patriotik

 

·        Dapat Membina Budaya Kerja Cemerlang Dengan Menjadikan Hari Ini Lebih Baik Dari Kelmarin Dan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini.

 

 

PIAGAM PELANGGAN

SEKOLAH KEBANGSAAN KOK PASIR

 

Kami warga pendidik dengan penuh tekat dan iltizam berikrar akan menumpu seluruh tenaga dan berusaha kami untuk

 

bullet

Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan Negara serta memenuhi matlamat pendidikan Negara.

 

bullet

Memastikan staf yang mencukupi serta berdidikasi, komited, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.

 

bullet

Memastikan pelajaran dimulakan pada hari pertama pesekolahan.

 

bullet

Memastikan setiap guru dan kakitangan sokongan dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.

 

bullet

Kami sentiasa peka dan responsive kepada kehendak dan keperluan pelanggan yang terdiri daripada pelajar-pelajar, ibu bapa- ibu bapa, penjaga, masyarakat dan Negara.

 

bullet

Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera kepada setiap pelanggan yang berurusan  dengan kami

 

bullet

Menentukan segala surat menyurat, laporan dan maklumat diberi perhatian dan tindakan segera dengan lengkap dan tepat kepada yang berkenaan.

 

bullet

Mewujudkan persekitaran dan budaya sekolah yang kondusif kea rah melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis selaras dengan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan.

 

bullet

Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.

 

 

 

 

 

 

PIAGAM PELANGGAN KEMENTERIAN PELAJARAN

 

KAMI WARGA KEMENTERIAN PELAJARAN DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRA DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK

 

  1. Menyediakan sistem pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan Negara serta memenuhi matlamat perpaduan Negara.

  2. Menentukan keluaran sistem pendidikan mempunyai nilai-nilai teras yang ditetapkan dan ciri-ciri yang selaras dengan Falsafah Pelajaran Negara.

  3. Memberi peluang yang sama kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira latar belakang, agama dan keturunan untuk mendapat pendidikan yang sebaik-baiknya.

  4. Mewujudkan jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap dan berkesan, canggih, dinamik dan berteraskan kepada pembaharuan yang berterusan.

  5. Menguruskan kerja dengan cekap, pantas dan bijaksana.

  6. Menyediakan kerja yang mencukupi serta berdedikasi, komited, terlatih, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif

  7. Menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap dan mencukupi berteraskan standard tertentu selaras dengan pengalaman perkhidmatan penyayang.

  8. Memastikan kementerian sentiasa peka dan responsive kepada kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan pelanggan, murid, guru, masyarakat dan Negara / kerajaan.

  9. Meningkat kegemilangan dan martabat profesion keguruan untuk menarik individu-individu pelanggan yang terbaik menyertai perkhidmatan pendidikan.

 

 

KAMI WARGA KEMENTERIAN BERSEDIA DAN AKAN MENIMBANGKAN APA JUA YANG DIKEMUKAKAN KEPADA KEKENTERIAN BERKAITAN DENGAN PELAKSANAAN PIAGAM PELANGGAN INI.

 

 

FALSAFAH PELAJARAN NEGARA

 

“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu berterusan kea rah memperkembagkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai  kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap kerohanian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.”

 

 

 

 

This site was last updated 07/08/07